Kalau dipikirkan balik dah lama aku tak tengok Movie kat panggung, last yang aku dapat ingat pon cerita Fast and Furious4 Avatar 3D.
Banyak cerita yang aku rancang nak tengok tapi dah terlepas. Salah satunya Alice in Wonderland. Disebabkan jadual aku sekarang yang konon-kononnya pack. Lepas keje pegi Kelas Jepon(selasa & jumaat), tak pom layan Counter Strike dengan budak-budak ofis.
Weekend aku jarang keluar jauh-jauh sebab Traffic Jam seperti Tiada Lagi Logika, setakat pusing-pusing sekitar Seri Kembangan & Bukit Jalil.
(Bukit Jalil pon dah Jem sebab area situ dijadikan Hentian Pudu Sementara)
OK, ahad lalu aku pegi layan Ironman 2 kat Alamanda Putrajaya, tiket dah booking siap-siap hari Jumaat, weekend kalau korang beli tiket on the spot mungkin kebarangkalian sold out atau dok kat seat barisan depan (aku kagum tengok ada certain orang boleh layan movie duduk kat seat depan, tak pening ke dok langut ja!! ekekeke
)
Dipendekkan cerita aku sampai di Alamanda dalam pukul 0645pm terus ambik tiket di lane Booking (barisan lane biasa dah panjang macam keretapi), movie start 0700pm. Kat tempat menunggu sebelum masuk ke panggung pom orang ramai beratur macam tayangan hari tu free seating, munkin ada panggung free seating…..kot?
Masuk panggung layan iklan-iklan panas badan dulu, ada preview cerita Prince of Persia: The Sands of Time, aku tak impress dengan jalan cerita dia (dagger yang kecik miut boleh unleash sandstorm yang boleh menyebabkan kemusnahan dunia – lain la something enormous)
Untuk cerita Ironman 2, pada pandangan aku overall quite good, ada unsur-unsur Aksi, Komedi, Element of Surprise, cintan-cintan. Tapi ada certain part aku tak berapa puas hati…nanti korang tengok sendiri ok.
Ironman 2 Trailer

Lain-lain
Ironman 2 Website: http://ironmanmovie.marvel.com/
Ironman 2 Synopsis: http://www.imdb.com/title/tt1228705/synopsis
Leave a Reply
By submitting a comment here you grant Safwan Rahman a perpetual license to reproduce your words and name/web site in attribution. Inappropriate or irrelevant comments will be removed at an admin's discretion. And remember, be nice! :)





